Wednesday, October 30, 2019

TRAVELOG DEWI ARIENA PERCUTIAN DI PULAU PERHENTIAN




PERCUTIAN 4 HARI 3 MALAM DI PULAU PERHENTIAN

Part 3

Kami sampai di Sharila Resort pada jam 3.30 petang. Pemandangan di Coral Bay memang sangat indah. Kami terus ke kaunter pendaftaran untuk dapatkan kunci dan terus ke bilik. Suasana di Sharila Resort ni memang cantik. Bilik-bilik dia macam rumah sebuah sebuah. Rumah kayu. Susunan juga menarik. Cuma perlu berjalan kaki agak jauh jugak. Untuk warga emas tak berapa sesuai.


Dekorasi dalam bilik cantik dan unik. Kami survey dalam agoda. Harga satu malam RM240 termasuk sarapan pagi. Kami book 3 hari 2 malam. Sebaik kami letak semua barang dan solat, kami pergi tukar baju mandi. Yahoooo nak mandi tepi pantai. Tak sabar nak tengok ikan berenang.


Dekat Sharila Resort tu ada pantai private. Tapi kami pergi ke bahgian pantai di Coral Bay dulu.Tapi dekat sana macam tak berapa best nak mandi. So kami pergi ke bahagian Long Beach. Yang ni mencabar sikit. Kena redah hutan dalam 15 minit. Kawasan berbukit. Letih jugaklah. Dah lama tak exercise kan. Hahahaah....korang kalau nak pegi kena ada stamina ok :)

Kami sampai je terus terjun. Tapi tiba2 ombak kuat macam menarik kami ke tengah. Macam bahaya je. So kami pergi ke area berdekatan jeti. Dekat sana ada banyak karang dan ikan. Best sangat tengok ikan bilis yg datang bergerombolan. Imagine korang dikelilingi anak ikan yg kecil. Rasa nak tangkap tapi dorang ni cerdik. Tau je kita nak tangkap die. Die terus lari.


Kami mandi sampai lewat petang. Sambil nak balik tu kami ada survey harga tiket untuk snorkeling.
Dekat sana harga memang sama je semua. Ada 2 pakej iaitu short trip dan long trip. Harga short trip RM30 dan harga long Trip RM 40. Ini harga sekali kelengkapan snorkeling. Jadi Baik pilih yang long trip. Berbaloi dan banyak tempat dapat pergi.


Pada malam harinya, kami pilih untuk ambik bufet dinner dengan Sharila Resort. RM 25 seorang. Makan sampai kenyang. Menu dia satu set BBQ dan makanan lain. OK la makanan dia. Dekat Long Beach sangat meriah pada waktu malam. Untuk malam ni kami nak relas dulu dekat Sharila. Esok baru kita ke Long Beach. Dengar cerita sana meriah waktu malam.



Ok....tunggu next part. Dewi cerita lagi untuk trip snorkeling.

Tuesday, October 29, 2019

TRAVELOG DEWI ARIENA BERCUTI DI PULAU PERHENTIAN. TIPS PERCUTIAN 4 HARI 3 MALAM





PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN

Alhamdulillah sempena menyambut anniversary kami yang ke 9 untuk tahun 2019 ni, kami pergi bercuti ke Pulau Perhentian.Ini kali ke 3 kami ke Pulau Perhentian. Kali pertama 7 tahun yang lalu. Kami stay di Pulau Perhentian Kecil Long Beach. Kali ke 2 masa raya yang lepas. Kami pergi dengan family, so kami stay di Pulau Perhentian Besar.

Kali ni kami cadang nak explore lebih lagi. Untuk day 1 kami pergi ke kampung Nelayan dahulu sebab the next day my husband nak solat Jumaat dulu di sana. Sambil tu kita nak lihat macamana kehidupan orang Kampung Nelayan.




Kami pilih bas untuk ke Jeti Kuala Besut. Kami gerak dari rumah naik grab untuk ke TBS. Kos Grab Car RM 32. Sampai di TBS kami pilih bas Moraza. Alhamdulillah bas Moraza ni memang best. Seat besar dan selesa. Ada charger plug dan selimut. Staff ramah, siap bagi air oren lagi. Dalam bas ada wifi ok :). Harga tiket bas RM 49 sahaja. Sangat puas hati.

Kami bertolak dari TBS jam 11 malam. Kami berhenti di 2 RNR.
Alhamdulillah kami sampai jam 6.30 pagi di Hentian Bas Jeti Kuala Besut. Kami naik teksi untuk ke Jeti. Kos teksi RM5 seorang.




Kami singgah solat di surau area Jeti. Selepas tu kami beli tiket boat untuk ke Kg Nelayan. Harga tiket boat RM70 2 hala untuk seorang. Jam 7.20 pagi kami bertolak dari Jeti ke Kg Nelayan. Perjalanan ambik masa dalam 45 minit kalau tak silap.

Dalam perjalanan ke Kg Nelayan, kami dapat nikmati suasana pagi di atas laut. Nampak cahaya matahari naik. Indahnya suasana. Kan best jika setiap hari dapat nikmati keindahan macam ni. Syukur Allah beri peluang dan ruang untuk nikmati ciptaanNya.

Sampai je Kg Nelayan, kami cuba cari challet. Sebenarnya kami ada survey dalam Trivago. Tapi tak berani nak book sebab tak tahu challet tu lokasi dia betul ke dalam Kg Nelayan. Sebab lokasi Kg Nelayan ni dikira Pulau Perhentian Kecil jugak.



Syukur tak book dulu sebab challet yg kami tengok tu rupanya jauh atas bukit. Fuhhh....So kami pilih challet yg dekat dengan masjid dan jeti. Harga challet RM 100. Itu setelah ditawar tawar. U all kalau pergi ke Kg Nelayan cubalah tawar. Penduduk sini ramah belaka. Jangan risau ok.
Kami dah check in. So lepas tu kami pergi ke food court dia untuk beli sarapan pagi. Menu dia sama je macam kat Kelantan. Ada nasi berlauk, nasi dagang dan nasi campur.

Alhamdulillah lauk dia sedap. Harga makanan murah. Sama je macam dekat darat. Cuma harga air mahal. Air teh o ais RM3 :). Lepas makan kami rehat sekejap dalam bilik. Tunggu petang sikit kami pergi mandi tepi pantai dan jalan2 keliling kampung.

Kampung Nelayan tak besar mana pun. Pusing sekejap je dah habis. Dalam Kampung Nelayan ni ada Masjid besar yg cantik, ada sekolah rendah, klinik dan Balai Polis. Sempatlah beramah mesra dengan orang kampung.



Malam tu kami solat maghrib dan isyak di masjid. Best masjid dia. Lepas solat kami lepak minum dekat gerai sebelah masjid sambil tengok laut. Jiwang la kejap :). Lepas tu husband ambik laptop kita lepak minum dekat gerai depan challet dan depan laut. Sambil2 buat Fb live kan. Jangan risau sana internet line ok. Inshaallah. Dewi guna Maxis. Line cantik.

Esoknya, kami sarapan di food court. Lepas tu suami pergi solat. Sambil tu Dewi kemas barang. Habis solat kami nak check out dah. Masa semua orang dah habis solat, Dewi perhati setiap orang yg keluar. Ramainya orang pulau ni.



Ada macam2 kaum jugak. Melayu, india, bangladesh dan indonesia. Semua orang Islam yg ada di Pulau Besar dan Kecil akan datang solat jumaat di sini. Mereka akan naik taxi boat.

So, lepas check out kami pergi ke jeti untuk cari taxi boat. Lama jugak tunggu. Bila dah bertanya Alhamdulillah dapat jugak. Harga tiket RM 15 seorang untuk ke Coral Bay. Kami dah book bilik di Sharila Resort untuk 3 hari 2 malam.

Perjalanan tak lama pun. Dalam 15 minit jer. Ok sampai sini dulu. Tunggu next story di Coral Bay Pulau Perhentian Kecil Pulak. Dewi akan senaraikan keseluruhan kos percutian di Pulau Perhentian selama 4 hari 3 malam.



Stay tune .....



Monday, October 21, 2019

TIPS BERHENTI KETUM SEAWAL 3 HARI

                                             
TIPS BERHENTI KETUM SEAWAL 3 HARI


Aku seorang peniaga jalanan yg meniaga kecil kecilan mencari nafkah untuk keluarga . Hari hari meniaga keluar pagi balik petang, maklumlah kerja macam aku ni memang penat dan stress kadang cuaca cerah, kadang gelap, inilah nasib peniaga jalanan.


Satu hari aku berkenalan dengan seorang kawan baru. Aku perhati dia ni selalu bawak air dalam botol. Aku tanya itu air ape. Dia cakap air ketum. Air ketum ni bagus untuk kencing manis dan bagi badan bertenaga.



Dia bagi aku try. Eh memang power la. Memang rasa sedap badan bila buat kerja. Aku pun mula amalkan. Masa tu stok sentiasa ada. Sebab ada kedai yg jual.


Bertahun jugaklah aku minum. Tapi aku mula perasan, makin lama aku nk kena minum banyak. Kalau tak dapat aku rasa sengal badan. Mana mana pegi nak kena bawak. Badan pun rasa malas je nak buat kerja.


Tanpa aku sedari business aku makin merudum. Sampai duit modal pun short. Hari² aku gadoh dengan istri sebab duit tak cukup dan aku banyak hari tak bukak gerai.


Satu hari tu stok putus. Aku jadi demam panas. Dua hari aku tersadai. Pinggang sakit tak boleh nak cerita. Cirit birit. Makan pun tak lalu. Memang azab sangat. Umpama kain buruk.





Istri aku tolong google penawar. Alhamdulillah jumpa dengan Teras Gold. Aku ikut je apa seller tu bagitau. Masa mula minum memang aku muntah. Tp lepas 3 hari aku rasa aku dah pulih. Rasa nak ketum memang dah takde. Badan pun dah rasa segar.


Start dari tu, aku memang tak sentuh dah ketum. Gara² ketum hidup aku hampir musnah. Business aku run semula. Alhamdulillah semakin bagus. Istri aku pun dah tak membebel. Keluarga kami makin bahagia dengan hadirnya cahaya mata.




Korang yg ade niat nak minum ketum, aku sarankan janganlah. Cariklah supplement lain klu korang nak tambah tenaga atau nak berubat.


Syukur pada Allah dah pulihkan aku. Dan terima kasih pada Teras Gold kerana jd asbab utk aku berhenti.
Sampai bila nak simpan masalah ketagihan tu?



Nak order

Sunday, October 20, 2019

TANDA TANDA KETAGIH AIR KETUM

TANDA TANDA KETAGIH AIR KETUM




Assalamualaikum,

Hai semua. Apa khabar? Aku bahasakan diri abang la ye. Bila bercakap tentang ketum ni sebenarnya ada macam-macam pendapat. Ada yang kata ketum bagus untuk buat ubat, bagus untuk tenaga, dan bagus untuk orang lelaki.

Tapi sebenarnya setelah abang perhati dan tengok luahan hati kaki-kaki ketum ni, banyak yang tak baik dari yang baik. Dan abang sendiri ada pengalaman jadi kaki ketum ni.

Dari laporan pakar, belum ada lagi yang sahih mengatakan ketum bagus untuk kesihatan. Namun negara luar seperti Amerika Syarikat telah mula menggunakan ketum sebagai ubat penahan sakit, cirit birit dan sengal badan.

Di Malaysia ada pihak yang menggunakan ketum sebagai jalan untuk khayal dengan mencampurkan ketum dengan ubat batuk dan air coke (cakoroi). Ada juga yang mencampurkan air ketum dan pil kuda. Campuran ini akan memberi banyak kesan negatif kepada kesihatan dalaman mereka. Kesan ketagihan juga amat teruk.

Ada sesetengah yang memang minum air ketum kosong tanpa campuran apa-apa untuk tujuan perubatan dan sebagai penambah tenaga. Jangan terkejut, sebenarnya mereka juga ketagih.

APAKAH PUNCA KETAGIH KETUM?

Ramai tertanya apakah yang menyebabkan ketum itu menjadi ketagih? Menurut pakar, daun ketum itu sendiri ada mengandungi sejenis bahan bernama mitraginin yang memberi kesan ketagihan sama seperti dadah. Mana satu yang ketagih? Kosong atau campur? Jawapan dia adalah sama sahaja. Nak bukti? Jom tengok feedback pelanggan abang ni.


                                                 Ini pengguna ketum campur (cakoroi)

Ini pengguna ketum kosong

APAKAH SIMPTOM PENGAMBILAN AIR KETUM?

Dos Rendah (1.5 liter seminggu)

  • Meningkatkan tenaga
  • Jadi rajin buat kerja
  • Mampu buat kerja-kerja remeh
Dos Tinggi (1.5 liter sehari)
  • Gangguan emosi
  • Loya
  • Muntah
  • Gatal-gata pada kulit
  • Menguap
  • Lesu
Dos Berlebehihan (lebih dari 1.5 liter sehari)
  • Khayal
  • Letih
  • Paranoid
  • Mual yang teruk
  • Gementar
  • Sesak nafas

APAKAH KESAN MENGHENTIKAN PENGAMBILAN KETUM SECARA TIBA-TIBA?

Apabila pengamal air ketum cuba hentikan pengambilan air ketum, mereka akan mengalami macam-macam kesakitan. Antaranya adalah:
  • Cirit birit
  • Deman panas
  • Rasa sakit urat
  • Kejang urat
  • Sawan
  • Muntah-muntah
  • Sukar tidur
  • Hilang selera makan
  • Gangguan emosi
  • Panas baran
Kerana semua inilah mereka selalu gagal untuk berhenti dari pengambilan air ketum. Ini semua adalah hasil dari luahan hati pengamal air ketum sendiri. Dan abang sendiri adalah bekas pengamal air ketum tegar juga mengalami masalah yang sama dahulu. Alhamdulillah kini abang dah bebas dari  ketagihan air ketum dan juga rokok.

InsyaAllah untuk cerita seterusnya abang akan kongsikan kisah abang dulu terjebak dengan air ketum.



PENAGIHAN AIR DAUN KETUM



MATI AKIBAT KETUM ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­
Kawan dah meninggal akibat kegagalan organ dalaman berfungsi akibat ketum. Semua sel telah lumpuh. Akhirnya dia hembuskan nafas terakhir dihadapan kami.


Aku jadi bingung. Hati berdebar. Ya Allah. Apa aku dah buat. Dulu dia tak minum ketum. Tp aku yg ajak. Konon aku cakap KETUM ni UBAT. Nak bagi hilang sakit badan. Dia pun minum. Hari hari lepak kedai kopi mengetum. Mula mula kosong. Lepas tu ada kawan kata nk bagus campur air coke. Kami pun campur.



Lama juga kami minum. Bertahun. Kebelakangan ni dia selalu mengadu sakit perut. Sakit pinggang. Badan panas. Dia minum ketum pun tak bantu. Akhirnya dia dimasukan ke wad. Doktor sahkan buah pinggang dan usus dia dah rosak. Kami satu geng dah cuak. Tak lama dia masuk wad. Dia meninggal.


Aku menyesal. Aku terfikir kenapa Allah tak ambik aku jugak. Umur kami sama ja. 45 tahun. Ada isteri. Anak anak pun dah besar. Tapi aku asyik dengan ketum. Tapi dia pergi dulu. Aku tekad nak benti. Tak mau dah minum ketum.


Isteri aku bantu cari penawar. Alhamdulillah. Dengan niat AKU BERHENTI KERANA ALLAH, aku dapat benti dalam 7 hari je. Aku pun susah nak percaya. Tapi Allah memang maha pengasih. Aku taubat. Aku benci KETUM.

AL Fatihah untuk sahabatku.

Kisah benar dari pesakit ketum.

Bagi yg ingin pulih bole whatsapp kami 0172984002
Kami sedia membantu.

Friday, October 18, 2019

Cara Nak Berhenti Ketagihan Ketum



CARA NAK BERHENTI KETAGIHAN KETUM DENGAN MUDAH TANPA SAKIT

Saya Firdaus aka Abang JUZTG. Saya adalah perunding ketagihan ketum. Di sini saya nak berkongsi cara-cara berhenti ketagihan ketum dengan mudah tanpa rasa sakit seawal 3 hari.

Rawatan yang kami sediakan adalah melalui online sahaja iaitu berkomunikasi melalui whatsapp, call atau video call. Produk yang kami gunakan adalah JUZTG keluaran Teras Gold. JUZTG akan di pos kepada pelanggan. Dan rawatan bermula pada hari pertama pelanggan menerima produk.


Sebaik pelanggan menerima JUZTG, kami akan menghantar video tutorial yang lengkap beserta panduan bertulis. Proses rawatan akan berterusan sehingga pelanggan pulih 100%. Konsultasi kami adalah PERCUMA sepanjang rawatan.

Apa yang membuatkan pelanggan boleh berhenti seawal 3hari adalah :

*Minum JUZTG 4 kali sehari
1 gelas pagi
1 gelas tengah hari
1 gelas petang
1 gelas malam

*Makan buah buahan untuk membantu proses pencernaan yang baik

*Amalkan minum susu segar setiap hari untuk membantu melegakan lenguh

*Lakukan joging setiap hari sepanjang rawatan bagi membantu melancarkan peredaran darah dan memudahkan untuk tidur malam.

*Minum air mineral secukupnya agar proses rawatan jadi lancar kerana JUZTG adalah ramuan air akar kayu yang bersifat memberi tenaga. Jika kurang air akan menyebabkan panas badan dan sukar tidur.

Tindakbalas yang selalu berlaku semasa rawatan adalah :

* Kerap membuang air besar
* Kerap membuang air kecil
* Berpeluh
* Muntah (jika ketagihan melampau dan ada mengambil campuran ubat batuk dan coke)


Ini adalah contoh pelanggan yang dah 10 tahun minum ketum dan ketagih. Alhamdulillah beliau dah berjaya pulih.
Ini pula untuk kes 16 tahun ketagih ketum. Juga berjaya pulih.


Ini pula pelanggan yang berjaya pulih ketagihan ketum dan rokok sekaligus. Sangat ramai yang dah berjaya. Apa yang paling penting adalah nawaitu mereka dan tindakan mereka.

Kami di Teras Gold memang sangat mengalu alukan mereka yang benar-benar nak berhenti ketagihan ketum dan rokok. Untuk anda yang berminat boleh terus hubungi kami di talian 0172984002.