Wednesday, October 30, 2019

TRAVELOG DEWI ARIENA PERCUTIAN DI PULAU PERHENTIAN




PERCUTIAN 4 HARI 3 MALAM DI PULAU PERHENTIAN

Part 3

Kami sampai di Sharila Resort pada jam 3.30 petang. Pemandangan di Coral Bay memang sangat indah. Kami terus ke kaunter pendaftaran untuk dapatkan kunci dan terus ke bilik. Suasana di Sharila Resort ni memang cantik. Bilik-bilik dia macam rumah sebuah sebuah. Rumah kayu. Susunan juga menarik. Cuma perlu berjalan kaki agak jauh jugak. Untuk warga emas tak berapa sesuai.


Dekorasi dalam bilik cantik dan unik. Kami survey dalam agoda. Harga satu malam RM240 termasuk sarapan pagi. Kami book 3 hari 2 malam. Sebaik kami letak semua barang dan solat, kami pergi tukar baju mandi. Yahoooo nak mandi tepi pantai. Tak sabar nak tengok ikan berenang.


Dekat Sharila Resort tu ada pantai private. Tapi kami pergi ke bahgian pantai di Coral Bay dulu.Tapi dekat sana macam tak berapa best nak mandi. So kami pergi ke bahagian Long Beach. Yang ni mencabar sikit. Kena redah hutan dalam 15 minit. Kawasan berbukit. Letih jugaklah. Dah lama tak exercise kan. Hahahaah....korang kalau nak pegi kena ada stamina ok :)

Kami sampai je terus terjun. Tapi tiba2 ombak kuat macam menarik kami ke tengah. Macam bahaya je. So kami pergi ke area berdekatan jeti. Dekat sana ada banyak karang dan ikan. Best sangat tengok ikan bilis yg datang bergerombolan. Imagine korang dikelilingi anak ikan yg kecil. Rasa nak tangkap tapi dorang ni cerdik. Tau je kita nak tangkap die. Die terus lari.


Kami mandi sampai lewat petang. Sambil nak balik tu kami ada survey harga tiket untuk snorkeling.
Dekat sana harga memang sama je semua. Ada 2 pakej iaitu short trip dan long trip. Harga short trip RM30 dan harga long Trip RM 40. Ini harga sekali kelengkapan snorkeling. Jadi Baik pilih yang long trip. Berbaloi dan banyak tempat dapat pergi.


Pada malam harinya, kami pilih untuk ambik bufet dinner dengan Sharila Resort. RM 25 seorang. Makan sampai kenyang. Menu dia satu set BBQ dan makanan lain. OK la makanan dia. Dekat Long Beach sangat meriah pada waktu malam. Untuk malam ni kami nak relas dulu dekat Sharila. Esok baru kita ke Long Beach. Dengar cerita sana meriah waktu malam.



Ok....tunggu next part. Dewi cerita lagi untuk trip snorkeling.

No comments:

Post a Comment