Sunday, October 20, 2019

TANDA TANDA KETAGIH AIR KETUM

TANDA TANDA KETAGIH AIR KETUM




Assalamualaikum,

Hai semua. Apa khabar? Aku bahasakan diri abang la ye. Bila bercakap tentang ketum ni sebenarnya ada macam-macam pendapat. Ada yang kata ketum bagus untuk buat ubat, bagus untuk tenaga, dan bagus untuk orang lelaki.

Tapi sebenarnya setelah abang perhati dan tengok luahan hati kaki-kaki ketum ni, banyak yang tak baik dari yang baik. Dan abang sendiri ada pengalaman jadi kaki ketum ni.

Dari laporan pakar, belum ada lagi yang sahih mengatakan ketum bagus untuk kesihatan. Namun negara luar seperti Amerika Syarikat telah mula menggunakan ketum sebagai ubat penahan sakit, cirit birit dan sengal badan.

Di Malaysia ada pihak yang menggunakan ketum sebagai jalan untuk khayal dengan mencampurkan ketum dengan ubat batuk dan air coke (cakoroi). Ada juga yang mencampurkan air ketum dan pil kuda. Campuran ini akan memberi banyak kesan negatif kepada kesihatan dalaman mereka. Kesan ketagihan juga amat teruk.

Ada sesetengah yang memang minum air ketum kosong tanpa campuran apa-apa untuk tujuan perubatan dan sebagai penambah tenaga. Jangan terkejut, sebenarnya mereka juga ketagih.

APAKAH PUNCA KETAGIH KETUM?

Ramai tertanya apakah yang menyebabkan ketum itu menjadi ketagih? Menurut pakar, daun ketum itu sendiri ada mengandungi sejenis bahan bernama mitraginin yang memberi kesan ketagihan sama seperti dadah. Mana satu yang ketagih? Kosong atau campur? Jawapan dia adalah sama sahaja. Nak bukti? Jom tengok feedback pelanggan abang ni.


                                                 Ini pengguna ketum campur (cakoroi)

Ini pengguna ketum kosong

APAKAH SIMPTOM PENGAMBILAN AIR KETUM?

Dos Rendah (1.5 liter seminggu)

  • Meningkatkan tenaga
  • Jadi rajin buat kerja
  • Mampu buat kerja-kerja remeh
Dos Tinggi (1.5 liter sehari)
  • Gangguan emosi
  • Loya
  • Muntah
  • Gatal-gata pada kulit
  • Menguap
  • Lesu
Dos Berlebehihan (lebih dari 1.5 liter sehari)
  • Khayal
  • Letih
  • Paranoid
  • Mual yang teruk
  • Gementar
  • Sesak nafas

APAKAH KESAN MENGHENTIKAN PENGAMBILAN KETUM SECARA TIBA-TIBA?

Apabila pengamal air ketum cuba hentikan pengambilan air ketum, mereka akan mengalami macam-macam kesakitan. Antaranya adalah:
  • Cirit birit
  • Deman panas
  • Rasa sakit urat
  • Kejang urat
  • Sawan
  • Muntah-muntah
  • Sukar tidur
  • Hilang selera makan
  • Gangguan emosi
  • Panas baran
Kerana semua inilah mereka selalu gagal untuk berhenti dari pengambilan air ketum. Ini semua adalah hasil dari luahan hati pengamal air ketum sendiri. Dan abang sendiri adalah bekas pengamal air ketum tegar juga mengalami masalah yang sama dahulu. Alhamdulillah kini abang dah bebas dari  ketagihan air ketum dan juga rokok.

InsyaAllah untuk cerita seterusnya abang akan kongsikan kisah abang dulu terjebak dengan air ketum.



No comments:

Post a Comment