Alhamdulillah sempena menyambut anniversary kami yang ke 9 untuk tahun 2019 ni, kami pergi bercuti ke Pulau Perhentian.Ini kali ke 3 kami ke Pulau Perhentian. Kali pertama 7 tahun yang lalu. Kami stay di Pulau Perhentian Kecil Long Beach. Kali ke 2 masa raya yang lepas. Kami pergi dengan family, so kami stay di Pulau Perhentian Besar.
Kali ni kami cadang nak explore lebih lagi. Untuk day 1 kami pergi ke kampung Nelayan dahulu sebab the next day my husband nak solat Jumaat dulu di sana. Sambil tu kita nak lihat macamana kehidupan orang Kampung Nelayan.
Kami pilih bas untuk ke Jeti Kuala Besut. Kami gerak dari rumah naik grab untuk ke TBS. Kos Grab Car RM 32. Sampai di TBS kami pilih bas Moraza. Alhamdulillah bas Moraza ni memang best. Seat besar dan selesa. Ada charger plug dan selimut. Staff ramah, siap bagi air oren lagi. Dalam bas ada wifi ok :). Harga tiket bas RM 49 sahaja. Sangat puas hati.
Kami bertolak dari TBS jam 11 malam. Kami berhenti di 2 RNR.
Alhamdulillah kami sampai jam 6.30 pagi di Hentian Bas Jeti Kuala Besut. Kami naik teksi untuk ke Jeti. Kos teksi RM5 seorang.
Kami singgah solat di surau area Jeti. Selepas tu kami beli tiket boat untuk ke Kg Nelayan. Harga tiket boat RM70 2 hala untuk seorang. Jam 7.20 pagi kami bertolak dari Jeti ke Kg Nelayan. Perjalanan ambik masa dalam 45 minit kalau tak silap.
Dalam perjalanan ke Kg Nelayan, kami dapat nikmati suasana pagi di atas laut. Nampak cahaya matahari naik. Indahnya suasana. Kan best jika setiap hari dapat nikmati keindahan macam ni. Syukur Allah beri peluang dan ruang untuk nikmati ciptaanNya.
Sampai je Kg Nelayan, kami cuba cari challet. Sebenarnya kami ada survey dalam Trivago. Tapi tak berani nak book sebab tak tahu challet tu lokasi dia betul ke dalam Kg Nelayan. Sebab lokasi Kg Nelayan ni dikira Pulau Perhentian Kecil jugak.
Syukur tak book dulu sebab challet yg kami tengok tu rupanya jauh atas bukit. Fuhhh....So kami pilih challet yg dekat dengan masjid dan jeti. Harga challet RM 100. Itu setelah ditawar tawar. U all kalau pergi ke Kg Nelayan cubalah tawar. Penduduk sini ramah belaka. Jangan risau ok.
Kami dah check in. So lepas tu kami pergi ke food court dia untuk beli sarapan pagi. Menu dia sama je macam kat Kelantan. Ada nasi berlauk, nasi dagang dan nasi campur.
Alhamdulillah lauk dia sedap. Harga makanan murah. Sama je macam dekat darat. Cuma harga air mahal. Air teh o ais RM3 :). Lepas makan kami rehat sekejap dalam bilik. Tunggu petang sikit kami pergi mandi tepi pantai dan jalan2 keliling kampung.
Kampung Nelayan tak besar mana pun. Pusing sekejap je dah habis. Dalam Kampung Nelayan ni ada Masjid besar yg cantik, ada sekolah rendah, klinik dan Balai Polis. Sempatlah beramah mesra dengan orang kampung.
Malam tu kami solat maghrib dan isyak di masjid. Best masjid dia. Lepas solat kami lepak minum dekat gerai sebelah masjid sambil tengok laut. Jiwang la kejap :). Lepas tu husband ambik laptop kita lepak minum dekat gerai depan challet dan depan laut. Sambil2 buat Fb live kan. Jangan risau sana internet line ok. Inshaallah. Dewi guna Maxis. Line cantik.
Esoknya, kami sarapan di food court. Lepas tu suami pergi solat. Sambil tu Dewi kemas barang. Habis solat kami nak check out dah. Masa semua orang dah habis solat, Dewi perhati setiap orang yg keluar. Ramainya orang pulau ni.
Ada macam2 kaum jugak. Melayu, india, bangladesh dan indonesia. Semua orang Islam yg ada di Pulau Besar dan Kecil akan datang solat jumaat di sini. Mereka akan naik taxi boat.
So, lepas check out kami pergi ke jeti untuk cari taxi boat. Lama jugak tunggu. Bila dah bertanya Alhamdulillah dapat jugak. Harga tiket RM 15 seorang untuk ke Coral Bay. Kami dah book bilik di Sharila Resort untuk 3 hari 2 malam.
Perjalanan tak lama pun. Dalam 15 minit jer. Ok sampai sini dulu. Tunggu next story di Coral Bay Pulau Perhentian Kecil Pulak. Dewi akan senaraikan keseluruhan kos percutian di Pulau Perhentian selama 4 hari 3 malam.
No comments:
Post a Comment